Deruan angin sesekali menghambarkan perasaan yang gusar ini, disusuli pukulan ombak yang bergelora menghilangkan lagi penat lelah, setelah melayari kehidupan seharian. Hidup ini umpama roda yang saling melengkapi kerana setiap yang pahit pasti ada manisnya dan setiap yang kasar pasti ada kelembutanya. Untuk memahami kehidupan bukan dengan hanya sekadar memandang, tetapi merasainya dengan penuh penghayatan, kerana itulah kehidupan wujud untuk dipelajari mahupun dinikmati.
Dalam hidup perlunya kasih sayang untuk menyokong kematangan dalam pemikiran lalu menepis segala persepsi kejahatan. Namun dunia hari ini menyaksikan kesempitan dalam ketamadunan sehingga sanggup menjadikan nafsu sebagai raja. Mana perginya nilai kemanusian dan nilai belas kasihan. Pembunuhan bukan penyelesaian dalam pendamaian. Penipuan bukan penyelesaian dalam kempimpinan. Kerakusan bukan penyelasaian dalam kekayaan. Tetapi keikhlasan, adalah penawar segala penyelesaian.
Tatkala denai masih berbisik sedarlah kita sementara masa masih ada.
P/S: salam ikhlas dari penulis =). Harap korang enjoy.


amboih2 mendalam gilee
ReplyDelete