Download

`

Sunday, 27 March 2011

Nenek marah tidak dapat ciuman

ST.Petersburg, Florida - Seorang nenek berusia 92 tahun yang kecewa, bertindak nekad melepaskan tembakan ke rumah seorang lelaki selepas jirannya itu enggan memenuhi permintaannya yang mahu dicium.

           Gambar Hiasan

Helen Staudinger dilaporkan menaruh hati terhadap Dwight Bettner,53, sejak lelaki itu berpindah enam bulan lalu, tetapi lelaki itu tidak melayan kehendaknya. Mungkin sekali kerana jarak usia yang terlalu jauh atau dalam bahasa mudahnya tua kerepot.

Menurut laporan polis, warga emas itu telah bertandang ke rumah Bertner di Fort McCoy dan enggan melayan kehendaknya menyebabkan Staudinger marah dan bertindak nekad melepaskan tembakan yang nyaris-nyaris mengenai lelaki itu, sebaik-baik dia keluar dari rumah tersebut.

Lepas ni hati-hati dengan nenek tua(gatal) yang berdekatan dengan rumah anda. Tapi sekali-sekala apa salahnya haha... Salam ikhlas dari penulis =).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...