Apakah makna erti dendam sekiranya kita hidup saling bergantung antara satu sama lain. Janganlah kita membina asas kebencian sehingga mampu meninggalkan kesan hitam yang mendalam terhadap hati kita. Lepaskanlah sebelum ia membarahi setiap sudut jiwa sehingga pada suatu saat tiada lagi cahaya kesucian yang mampu menjadi batas kepada kebencian.
Alangkah baiknya sekiranya kita sama-sama memadamkan api dendam sebelum ia menjadi bara yang kekal menyala. Mari kita lahirkan perasaan yang bertentangan iaitu memaafkan. Soal keadilan biarlah yang maha esa yang menentukannya. Kita manusia yang bernama insan mampu memilih jalan yang penuh kedamaian atau penuh dengan liku-liku dan duri kehidupan.
Sekian bingkisan kali ini pedoman untuk anda semua......=)
P/S: skema giler ayat aku, harap korang terhibur hehe...


harap tiada dendam antara kita rakan bloggers =)
ReplyDeletehit me at: http://cacingpanas69.blogspot.com