Download

`

Wednesday, 23 March 2011

Merangka perjalanan yang lebih mampan selepas SPM

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM tahun lepas yang mendapat keputusan cemerlang semoga anda membuat percaturan yang bijak dalam membina tapak persedian bagi menggapai cita-cita setiap individu yang akan mendatang. Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi. Syabas diucapkan.

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan jadikan ini sebagai pengajaran. Sesungguhnya kegagalan adalah ibu kepada kejayaan. Hidup ini ada naik dan turunnya "life is like a cycle guys". Anda tidak perlu risau akan ada rezeki anda mungkin bukan hari ini tetapi hari esok atau mungkin lusa.

Sebenarnya kalau anda gagal anda mempunyai kelebihan yang orang berjaya tak ada, iaitu pengalaman dan perasaan iri hati untuk berjaya.Saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai ibu saudara saya. Dia mendapat keputusan yang lebih kurang dalam SPM, bak kata orang kredit. Tetapi selepas melanjutkan pengajian di UITM dia memperoleh keputusan cemerlang dan terus melanjutkan pelajaran di luar negara dan sekarang dia telah menjadi orang penting dalam perbankan. Jadi jangan risau yew...

Harap jadi iktibar untuk anda. =)

1 comment:

  1. i like this syafik. tahniah juga tau :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...