Saya ingin berkongsi sedikit coretan buat pedoman untuk anda semua. Kisah ini mengambarkan antara ritma kehidupan yang telah dilalui oleh sesetengah individu. Seorang pelajar kolej telah bercinta dengan seorang lelaki yang kurang berpendidikan. Lelaki tersebut amat menyintainya sehinggakan sanggup berkorban kudratnya hanya untuk seorang gadis sunti. Lelaki tersebut tidak meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi cukup sekadar hanya bekerja untuk menyara hidup. Untuk membuktikan cintanya pada gadis tersebut, dia telah mengirim wang RM 1000 kepada kekasihnya itu setiap bulan, dan selebih gajinya yang tidak seberapa disimpan untuk kegunaan dirinya sendiri. Cinta telah mengaburi dirinya.
Namun, pada suatu hari lelaki tersebut menelefon kekasihnya, mungkin untuk sekadar bertanya khabar. Igauan mula menghantui apabila kedengaran suara lelaki lain bermanja dengan kekasihnya. Pada saat itu harga sebuah kehidupan dalam hidupnya, sudah tidak lagi membawa makna kepada dirinya. Akhirnya jalan yang dipilih hanyalah maut. Lelaki tersebut telah membunuh dirinya.
Kita seharusnya memahami apakah tujuan dan matlamat hidup di atas jalan yang lurus dan benar. Harapan yang musnah mampu dibina semula, iaitu melalui hati yang mampu bangkit kembali menebus harapannya yang telah hancur menjadikan impiannya bukan sekadar mimpi tetapi realiti... salam ikhlas dari penulis =)


No comments:
Post a Comment