Download

`

Sunday, 20 March 2011

Memandu Kereta Hanya Menggunakan Otak

"Apabila memandu gunalah otak". Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu. Tetapi kenderaan buatan Jerman ini betul-betul menggunakan otak.

Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya. Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis. Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa mengunakan tangan,sebaliknya hanya mengarahkan melalui minda!

Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, Profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan  "Emotif neroheadset" untuk merekod aktiviti pemandu. Set kepala neuro merupakan alat 'electroencephalography' atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco,AS. Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu. Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu "berhenti,mula,kiri dan kanan".

Bagaimanapun BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya. Tetapi hasil daripada beberapa ujian yang telah dijalankan membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dengan BrainDriver. Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah berkaitan dengan arah,kelajuan, dan membrek. Sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenal pasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi sukar mengesan arah pergerakkan pejalan kaki. Ia juga tidak mustahil mampu membantu pemandu cacat di masa hadapan bahkan ia juga mampu mengesan pemandu yang mengantuk atau tertidur kemudian mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.
                                                                                                                                                                                                                                                                                              

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...