Download

`

Monday, 21 March 2011

Debaran Keputusan SPM Kian Memuncak

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman, tidak lama lagi keputusan SPM bakal diumumkan jadi bersiap sedialah kita menantikan pelbagai implikasi yang akan berlaku. Bagi pelajar yang masih belum bersiap siaga untuk menerima keputusan, mari kita mempersiapkan diri dengan melakukan solat hajat,berdoa dan sebagainya agar kita berjaya meraih keputusan SPM dengan cemerlang, bak kata omputih "flying colours".

Sekiranya keputusan kita tidak cemerlang jangan bersedih kerana kejayaan yang sebenar bukan terletak kepada apa yang dicapai tetapi bagimana cara kita bangkit dari kegagalan, kerana itulah kita belajar dan memahami kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Kita jangan menghadkan minda kita hanya pada pelajaran mungkin kita mempunyai kemahiran yang orang lain tiada. Kebanyakan ahli perniagaan yang telah berjaya majoritinya datang dari golongan yang tidak habis belajar tetapi mereka mempunyai kemahiran berniaga. Sebagai contoh Tan Sri Syed Al-Bukhari, beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana mempunyai masalah kewangan yang menghimpit dirinya. Namun, ilmu dan kemahiran perlu bergerak seiring agar kita mudah bersaing di peringkat glokal mahupun global.

Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM anda mempunyai peluang yang cerah teruskan usaha anda jangan pulak masuk universiti nanti, jadi hantu. Harap anda faham maksud saya hehe. Semoga semua calon SPM tahun lepas mendapat keputusan yang baik pada tahun ini, setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...