Sebuah stesen Radio Jerman menawarkan hadiah luar biasa kepada pendengarnya iaitu sekeping cek untuk menampung kos pengebumian(pemakaman mewah) mereka sendiri.Lebih 600 peserta menghantar ucapan untuk diukir pada batu nisan mereka pada pertandingan anjuran Radio Galaxy di sini.Stesen radio terbabit menawarkan pemenang pertandingan mereka sebuah makam bernilai hampir 2,500 pound sterling(+RM12,500) lengkap dengan nisan,marmar,karangan bunga,pengangkutan pergi dan balik dan juga termasuk tip untuk penggali kubur. Namun pertandingan ini mendapat kecaman hebat daripada Persatuan Penggali Kubur Jerman dan ingin mendakwa stesen radio terbabit di mahkamah menurut The Australian.Selain itu, organisasi tersebut turut mengatakan dalam sebuah (akhbar berbahasa Jerman): "Kegiatan ini bukan sahaja sesat dan tidak disukai, malah tidak bermoral dalam hal undang-undang persaingan tidak sihat.Juruhebah Jens Plueger mempertahankan pertandingan itu, dan berkata ia menyasarkan untuk memecahkan pantang larang masyarakat berhubung kematian."Kami mahu meningkatkan kesedaran mengenai topik kematian di kalangan golongan muda," katanya kepada stesen radio perbadanan penyiaran Britain.Idea ini tercetus selepas pelajar sekolah tempatan di negara terbabit meninggal dunia ketika usianya masih muda.Dari meja penulis: Peristiwa ini berlaku di Aschaffenburg, Bavaria, German. Anda jangan pulak cuba sertai pertandingan ini hehe...=)


No comments:
Post a Comment