Download

`

Thursday, 31 March 2011

Himbauan kenangan menggamit cinta semalam

Kesepian mula wujud apabila Adam diciptakan oleh yang maha esa. Di saat itulah perasaan ingin ditemani lahir  dalam diri Nabi Adam. Kemudian Hawa menyapa untuk mengisi kekosongan lalu terbitlah bibit pertemuan antara dua insan. Dilemparkan kasih sayang untuk menimbulkan perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata mahupun seuntai kata untuk dibicara.Kerana ianya adalah cinta. Cinta tidak mampu dilihat atau disentuh tetapi boleh dizahirkan melalui perbuatan. Tetapi adakah melalui perbuatan, ianya mencukupi untuk melangkaui kasih haqiqi?  

Persoalan demi persoalan pasti bemain di fikiran. Adakah aku mencintai seseorang itu melalui luarannya atau pegangannya? Kata orang, pilihlah seseorang itu melalui kejujurannya. Tetapi sejauh manakah ketinggian nilai kejujuran untuk hadir tatkala kita berduka, mengukir senyuman di saat kita berjaya dan menjadi perlindung di saat kita dihina. Percaya atau tidak realiti kehidupan dalam memilih pasangan adalah bersandarkan rupa paras sehingga mengaburi pegangan yang harus menjadi keutamaan. Namun, soal ini tidak boleh dibangkitkan kerana kita hanyalah insan yang mempunyai 1001 kelemahan. Jauh di dasar hati kita mahu memiliki pasangan yang sentiasa memahami dan saling mempercayai.

Kadang-kadang kita tidak mampu menghidu perasaan cinta, kerana ia mampu datang tanpa disedari. Banyak kajian mengenai soal hati dan perasaan berakhir dengan sia-sia kerana ianya tidak mampu dirungkai melalui pemikiran manusia. Ia hadir sebagaimana dikehendakiNya. Pelajarilah kisah cinta terdahulu yang boleh menjadi himbauan kenangan untuk menggamit cinta semalam =).

P/S: hehe poyo jep ayat aku =P,Jangan tanya maksudnya  aku sendiri pun x faham    hehe..acah jew korang kena baca dengan penuh penghayatan baru faham....salam ikhlas dari penulis...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...