Download

`

Friday, 1 April 2011

Terlupa Turun Brek Tangan!

Hai macam-macam adengan yang menakutkan berlaku dalam hidup aku. Salah satunya aku terlupa turun brek tangan hehe.. biasalah manusiakan pelupa... tersebutlah satu kisah apabila  aku  memandu pada waktu malam pada hari aku ingin pulang ke kampung halaman... Alangkah bestnya lalu pulak dekat highway... ape lagi pecutlah 250,000 kuasa kuda iaitu bersamaan bawah 100 km sejam jew hehe tak berani bawak laju saman lama tak abis bayar lagi....

Aku dengan yakin melintas banyak kenderaan, beborak sakan dalam kereta, berlumba-lumba di jalan raya (berlumba dengan lori jelah) tiba-tiba aku bau sesuatu yang mengasyikan.....pergh boleh tahan baunya... aku pandang orang sebelah dengan harapan bau kentut sebab aku tak sedap hati dah ni...rupanya bau ring tayar terbakar sebab terlupa tarik hand brek. Aku try search tempat nak berhenti...Terhencot-hencot kereta aku tambah pulak bergegar-gegar....Nasib baik sempat sampai kat tol . 

Akak tol tu terketar-ketar nak bagi duit balance tengok kereta aku berasap. Aku pun mengigil-gigil nak sambut duit. Berhenti jew kat parking lot. Apa nak kata merah menyala ring tayar. Aku tunggu sejuk pastu nasib baik boleh jalan huh lega :).
Hati-hati di jalan Raya haha jangan jadi macam aku hehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...