Download

`

Wednesday, 2 March 2011

Senyum Lahir Secara Sedekah, Bakhil atau Ekspresi Hipokrit

Samakah senyum buat-buat dengan senyum yang ikhlas? Samakah batu "ais" dengan air yang sedang mendidih dibubuh ais? Pernah korang lihat atas pasir seperti ada air berkilauan ketika panas terik? Senyuman yang dibuat-buat hanyalah sekadar satu ilusi , sekadar memperdayakan mereka yang melihat. Bagi orang yang tidak berilmu mudah tertipu.


Mata adalah cermin hati. Firasat mengajar korang bahawa ingatan baik atau buruk yang tersimpan dalam "minda" atau di dalam "hati" boleh terpancar di mata, marah, benci, tetapi kepura-puraan tidak boleh disembunyikan dari mereka yang memiliki ilmu firasat yang sudah boleh membaca bahasa "hati". Bahasa hati juga dapat diterjemahkan melalui bahasa tubuh 'body language' selain senyuman.



Saya ajar korang bagaimana membaca apa yang tersimpan dilubuk hati, apa yang cuba disembunyikan oleh kata-kata yang terkeluar dari mulut? Kerana sikap orang yang hipokrit sukar disembunyikan. Bahasa tubuh yang baik ditandai dengan salaman yang lembut 'hand shake' , cara bersalaman mendedahkan sikap seseorang dari pandangan mata 'eye contact' , cara menatap korang dengan tajam atau hanya pandang ke arah lain semasa bercakap.



Senyuman yang terpancar di mata selain senyuman  di bibir semasa mangadakan 'eye contact' menandakan partner korang menerima kehadiran dengan hati yang terbuka, apa lagi dengan dakapan erat selain bersalaman.

Senyum merupakan satu ibadah , satu sedekah. Senyum merupakan bahasa dunia yang difahami oleh setiap bangsa di seluruh pelusuk dunia tanpa perlu  berkata apa-apa. Cukup sahaja dengan satu senyuman sudah dikira sebagai sedekah. Kalau senyum pun susah, bakhil namanya. Tuhan memusuhi orang bakhil.

'Dua hal yang tidak semestinya ada dalam diri seseorang mukmin, bakhil dan akhlak yang buruk'.

'Allah telah bersumpah tidak akan memasukkan orang yang bakhil ke syurga'

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...