Download

`

Tuesday, 1 March 2011

Akal dan Hati Dua Dimensi, Satu Jasad

Cinta adalah urusan hati bukan akal, sebab itu perkara yang dilakukan oleh yang bercinta tidak mampu dikawal oleh akal apakan lagi yang menerimanya.Hati membutakan dan mentulikan akal. Sebab itu kita sering mendengar orang berkata "cinta itu buta". Kata-kata ini adalah kebenaran kerana apabila kita mengatakan ia adalah urusan hati, bererti ia tidak melihat tetapi merasa. Melihat itu urusan pancaindera luaran dengan mata, mata akan memindahkan kepada akal untuk menghukum.


Mata tidak memiliki apa jua kekuatan selain dari melihat. Tugasan menilai adalah akal. Disini akal menghukum bahawa cinta itu buta kerana perkara yang tidak dipersetujui oleh akal.Akal adakalanya mengatakan bahawa pekerjaan orang yang bercinta itu bodoh tetapi hati mensucikannya. Akal menilai kerja yang dilakukan disebabkan cinta adalah sesuatu yang menyusahkan tetapi pencinta ia amat menyenangkan.


Fungsi akal dan hati berbeza, akal pada kedudukan penalaran dan berfikir sedangkan hati alah merasakan dan cinta adalah milik hati, bukan akal. Akal tidak merasakan nikmat dan kesan cinta, ia hanya dapat membutikan wujudnya cinta dan keperluan manusia kepada cinta. Dalam urusan cinta, hati mengungguli akal. Hati lebih celik melihat dan lebih mengenali cinta berbanding akal.

Dalam menghuraikan cinta,akal terbaring tidak berdaya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...