Download

`

Thursday, 22 December 2011

SAMSUNG GALAXY NOTE VS SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 GADGET IMPIAN


Perlu memilih antara 2 gadget hebat yang menjadi idaman agak mengelirukan juga. Yang mana satu yang patut dipilih?. Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1. Pilihan haruslah tepat, berdasarkan keperluan dan penggunaan.
Aku bukanlah kaki gadget, handphone yang sedia ada pun cuma handphone basic, yang hanya boleh SMS dan buat/terima panggilan sahaja. Tapi, semenjak dua menjak ini, terutama sekali apabila 2 orang adik aku menggunakan Samsung Galaxt Tab 7.7, aku mula tertarik untuk menggunakan Tab ini kerana fungsinya yang aku fikirkan boleh medatangkan manfaat padaku. Jadi, aku mula mengidamkan Samsung Galaxy Tab 10.1.
Namun begitu, kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB  menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?

Samsung Galaxy Note


Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini.
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
kelebihan samsung galaxy note
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...